Pengalaman dengan Arwah Tok Guru Nik Aziz

Nak tahu kisah di sebalik gambar ini?

Dipendekkan cerita terus, awal tahun lepas kami suami isteri down sangat atas satu ujian yang sangat berat melibatkan anak kami.

Kami buntu selepas berdoa terasa seperti teringin berjumpa seseorang.

Bayangkan tak pernah dapat jumpa selama ini walaupun dah 11 tahun jadi menantu orang Kelantan
Akhirnya kami pergi.

Saja Google no tel beliau.
Saja call kot berjawab.

Ya Allah  memang berjawab!
Oleh arwah sendiri
Selama ni call yb tempat sendiri pun susah paling-paling pun dapat cakap dengan PA je
Ini memang arwah sendiri yang jawab
Dapatlah jumpa
Tapi masa tu pun dah tak berapa sihat sangat dah kami tengok
Raut wajahnya ceria bila dengan kanak-kanak
Berbual ringkas dengan anak
Saya pun meluahkan permasalahan dan minta pandangan
Dalam keadaan yang tidak berapa sihat, diusahakan juga melayan

Allah mana nak jumpa pemimpin seperti ini.

#tgna

Image may contain: 2 people, people standing

Leave a Comment