Asmak Herbs

Formulasi herba-herba tempatan terpilih untuk rawatan resdung yang mampu berkesan sepantas 2 – 3 kali pengambilan, sekaligus menghentikan pergantungan kepada ubat-ubatan kimia dan steroid.

ASMAK Herbs – Rawatan Resdung Dari NUSANTARA

Dari Alam Nusantara kita yang kaya dengan dengan pelbagai penawar ‘tersembunyi’, terhasillah Asmak Herbs – solusi herba mujarab untuk resdung. Tidak seperti rawatan moden, Asmak Herbs yang diformulasikan daripada akar-akar kayu dan herba-herba terpilih, tidak mengandungi sebarang bahan kimia dan unsur steroid. Ianya selamat, mujarab, cepat berkesan dan yang amat penting, LEBIH JIMAT !!

 

ASMAK Herbs

Rawatan Alternatif Herba Untuk Resdung – Lebih Berkesan, Selamat & Suci

Formulasi Herba Terpilih

Diperbuat dari herba terpilih yang diproses sendiri dari awal sehingga akhir dengan prosedur yang ketat, bersih dan suci. Antara kandungannya ialah akar mengkunyit, akar serapat dan lada sulah.

Lagi Info

BEBAS BAHAN KIMIA

Diformulasikan daripada 100% akar kayu dan herba terpilih, Asmak Herbs bebas dari bahan kimia atau steroid yang boleh memberikan kesan jangka panjang yang negatif.

CEPAT BERKESAN

Melegakan resdung seawal 3 ke 14 hari, bergantung kepada tahap resdung. Amalkan pengambilan secara konsisten pada peringkat awal untuk kesan optimum.

MAKAN BILA PERLU

Selepas kesan resdung sudah tiada, pengambilan boleh dihentikan. Selepas itu, anda hanya perlu makan jika perlu atau secara berkala sahaja. Jimat bukan?

SESUAI UNTUK SEMUA

Sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur (dari 3 tahun ke atas) kecuali ibu mengandung. Jika susah ditelan, boleh dimasukkan ke dalam air dan minum.

LEBIH JIMAT, LEBIH MUDAH

Kos rawatan di klinik hari ini amat mahal. Dengan Asmak Herbs, anda tidak perlu lagi membayar caj yang mahal untuk konsultansi dan ubat / pil yang bermacam-macam.

MUJARAB DAN BERKESAN

Dengan ratusan testimoni, produk ini telah menjadi fenomena luar biasa dan diakui oleh ribuan pelanggan yang telah membeli. Cubalah, anda pasti akan berpuashati !!

Testimoni Asmak Herbs

Jangan terus percayakan kami, tapi percayalah kata-kata pelanggan kami. BANYAK LAGI testimoni boleh anda baca DI SINI.

Soalan Lazim (FAQ)

Ada berapa biji dalam 1 botol?

Setiap botol mengandungi 30 biji kapsul.

Bagaimana cara pengambilan Asmak Herbs?

Sila makan dua biji pagi dan dua biji malam. Jika resdung agak teruk atau lambat berkesan, tambah dua biji tengahari. Banyakkan minum air masak.

Apabila resdung sudah semakin reda, boleh kurangkan dos pengambilan atau makan jika perlu sahaja.

Berapa lamakah penggunaan sebotol?

Bergantung kepada cara penggunaan dan tahap resdung seseorang. Seorang yang resdungnya agak teruk perlu makan dengan dos yang agak tinggi dan lebih lama berbanding dengan seorang penghidap resdung yang biasa. Kadar tindakbalas setiap individu juga tidak sama. Oleh itu rasai sendiri perubahan selepas pengambilan Asmak Herbs dan lihat kesannya kepada badan anda, cepat atau lambat.

Bilakah kesan Asmak Herbs boleh dilihat?

Ada orang yang seawal 1 – 2 hari sudah merasai kesan positif apabila simptom resdung berkurangan. Ada yang memakan masa 1 – 2 minggu, malah ada yang sehingga 2 – 3 bulan. Namun sekiranya tiada kesan positif selepas 3 bulan, maka penawar ini mungkin tidak serasi dengan anda.

Bagaimana cara nak dapatkan kesan optimum?

Langkah pertama ialah mengambil Asmak Herbs mengikut dos yang disyorkan. Apabila simptom resdung berkurang, anda boleh kurangkan dos. Malah boleh berhenti sekiranya resdung sudah pulih. Selepas itu, anda hanya perlu ambil jika perlu sahaja.

Pastikan anda sentiasa menyimpan sebotol Asmak Herbs untuk waktu-waktu ‘kecemasan’.

Bolehkah resdung sembuh sepenuhnya?

Biasanya resdung tidak akan sembuh sepenuhnya kerana ia adalah penyakit disebabkan alahan. Walaupun begitu, Asmak Herbs mampu mengurangkan simptom dan gejala dengan sangat berkesan sehingga anda lupa yang anda mempunyai resdung.

Dalam banyak kes pelanggan yang serasi, selepas beberapa bulan pengambilan Asmak Herbs, mereka hanya memastikan sebotol Asmak Herbs sentiasa ada dalam simpanan yang hanya dimakan apabila perlu sahaja. Terdapat juga kes terpencil yang mana mereka perlu mengamalkan secara konsisten disebabkan tahap resdung mereka yang lebih teruk.

Kenapakah resdung ini dipanggil ibu penyakit?

Resdung dikatakan sebagai ibu penyakit kerana disebabkan resdung, anda boleh terkena masalah lain seperti selsema yang teruk, sakit gigi, sakit mata, sakit telinga, pening, sakit kepala, lelah dan lain-lain. Dengan merawat resdung, secara automatik anda dapat mengelakkan masalah-masalah lain.

Bolehkah Asmak Herbs merawat jerawat?

Antara simptom dan kesan resdung ialah penghasilan jerawat. Sekiranya anda sudah mencuba pelbagai produk kulit tetapi tidak berkesan, kemungkinan besar jerawat anda bukan disebabkan masalah kulit, tetapi berpunca daripada resdung. Oleh itu, rawatan dengan Asmak Herbs secara tidak langsung dapat merawat jerawat.

Apa lagi kelebihan Asmak Herbs?

Selain bebas bahan kimia serta lebih menjimatkan masa dan wang, Asmak Herbs juga mujarab merawat demam dan selsema. Ia akan lebih berkesan untuk selsema jika diambil lebih awal. Jika sudah beberapa hari selsema, anda perlu makan untuk jangka masa yang lebih lama.

Bolehkah ibu mengandung mengambil Asmak Herbs?

Tidak boleh. Untuk ibu mengandung, apa-apa produk herba pun tidak boleh diambil tanpa kebenaran doktor.

Bolehkah kanak-kanak mengambil Asmak Herbs?

Asmak Herbs boleh diambil oleh kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas. Untuk yang 3 tahun ke bawah, kami tidak syorkan tetapi jika anda ingin cuba, sila berikan dengan dos yang sangat minimum terlebih dahulu.

Bagi kanak-kanak, cara makan ialah sebiji sehari pada waktu malam, selama 3 hari berturut-turut. Jika berkesan, teruskan seminggu sekali sahaja, juga pada waktu malam. Jika cara ini kurang berkesan atau resdung agak teruk, dos perlu ditingkatkan kepada 2 biji sehari, iaitu pada waktu siang dan malam. Kurangkan dos jika simptom berkurangan.

Apakah ada 'healing crisis' ketika mengambil Asmak Herbs?

Badan setiap orang tidak sama. Jika menghadapi masalah lain ketika mengambil Asmak Herbs, asalkan bukan masalah yang serius (contohnya keluar jerawat), sila teruskan pengambilan sehingga 2 – 3 bulan.Ini adalah proses ‘healing‘ atau penyembuhan.

Jika sehingga 3 bulan masih tiada perubahan, maka anda perlu berhenti. Mungkin ia tidak sesuai dengan badan anda. Berdasarkan pengalaman kami sebelum ini, selepas proses ‘healing‘, ramai pelanggan yang berpuas hati dengan keberkesanannya.

Apakah kandungan Asmak Herbs?

Asmak Herbs diperbuat daripada herba-herba terpilih (antaranya akar mengkunyit, akar serapat dan lada sulah) dan sudah berada di pasaran lebih kurang selama 20 tahun.

Adakah Asmak Herbs mendapat kelulusan MAL KKM?

Formulasi asal Asmak Herbs sudahpun mendapat kelulusan MAL KKM sejak 1997 lagi. Tetapi disebabkan pemindahan formulasi kepada MHAM, kami perlu memohon semula MAL dengan nama Asmak Herbs dan kini permohanan sedang dalam proses.

Dapatkan Asmak Herbs Sekarang !!

Penawar mujarab di saat memerlukan, pastikan sentiasa ada dalam simpanan. Dapatkan SEGERA dengan 3 cara di bawah :

WHATSAPP

Whatsapp ke 019-9708897

FACEBOOK

PM Kami di FB Page

COD (Cash on Delivery)

Hubungi Agen Berhampiran

Share This