Batas Dalam Membantu Seseorang

Kita tahu batas kita

Batas dalam membantu seseorang.

Katalah kita dah tolong macam-macam,tapi orang itu tetaplah dengan pelbagai alasannya,maka tiba masa kita terpaksa melepaskan.

Sebagai leader,anda akan selalu berdepan dengan macam-macam kerenah.

Kita diberi kelebihan untuk memotivasikan diri sendiri.Seorang usahawan itu,bisnes dialah motivasi dirinya.

Ini sukar untuk fahamkan team kerana mereka akan terus mencari motivasi dan kononnya masalah mereka tiada motivasi.

Di sini kita perlu tahu batas kita.

Setiap kali ada ahli anda yang lemas,anda akan hulurkan pelampung.Kemudian dia lemas lagi,anda hulur lagi.Lemas lagi anda pun hulur lagi.

Soalnya,sampai bila?

Ahli itu tidak mahu belajar berenang sendiri kah?

Ok,kita throwback sekejap.Selepas hampir lemas kali pertama,anda sudah bantu tunjuk ajar cara berenang.

Mereka pun boleh berenang.Tapi kemudian mereka malas dan hanyut sehingga tak kisah mati lemas.

Anda juga yang beriya hulurkan pelampung.

Tiba masa,kita terpaksa biarkan sahaja.

Dia ada 2 pilihan,terus berenang atau mati lemas.

Usah hulurkan pelampung buat mereka yang memang mahu lemas.

Tugas anda sudah selesai.

Dia yang membuat pilihan untuk lemas.

Sama juga,ahli anda dalam bisnes yang sering mengadu itu ini,anda terpaksa melepaskannya sehingga dia sendiri yang sedar jika mahu berjaya dia harus kuat dan tidak mengharapkan orang lain semata-mata.

Jika bisnes tidak mampu memotivasikan diri anda,berhentilah berbisnes.

Belajar sesuatu?
Ucap Alhamdulillah.

Nor Fazilah Abd Mohd
Norfazilah.com

Leave a Comment