Bisnes Sambil Bekerja vs Sepenuh Masa

Bisnes sambil bekerja vs sepenuh masa

Saya sudah merasai keduanya.

Semasa bekerja itu saya bukan buat bisnes sebenarnya.

Sekadar berniaga.

Dulu puas saya berfikir apakah beza berniaga dan berbisnes ini.

Sehinggalah saya mendapat jawapannya. Di Facebook saya memang follow mereka yang hebat-hebat.

Mereka ini selalu berkongsi ilmu. Dari situlah saya lebih faham.

Kemudian dari majlis ilmu yang saya hadir, ianya dijelaskan dengan lebih terperinci.

Wah,semakin fahamlah saya dibuatnya.

Sekiranya pada hari ini anda masih bekerja dan membuat bisnes sambilan,percayalah,itu bukan bisnes sebenarnya.Sebaliknya anda cuma berniaga.

Salahkah berniaga,tak salah.Teruskan.Dan carilah pengalaman berniaga seberapa banyak.

Orang yang berniaga dia akan buat semua benda sendiri.Berniaga gaya tokey.

Susah nak jumpa orang yang bekerja dan buat bisnes,tapi yang berniaga itu ramai.

Selagi anda hanya berniaga,sukar untuk anda berjaya betul-betul.Tapi tiada apa yang mustahil.

Saya rugi sebab semasa masih bekerja saya tak pernah ambil staf untuk perniagaan online.Kekangan masa membataskan semuanya.Saya juga tidak serius mencari mentor yang betul-betul boleh bimbing.

Apakah beza berniaga sambil bekerja vs berbisnes sepenuh masa?

1.Semasa masih bekerja,banyak benda terbatas.Banyak majlis ilmu diadakan pada hari bekerja dan selalu terlepas.

2.Kesibukan di tempat kerja akan membuatkan produktiviti menurun dan apabila pulang agak sukar nak fokus pada perniagaan.

3.Selepas penat bekerja,hujung minggu adalah waktu berehat bersama keluarga.Namun waktu ini perlu dikorbankan sedikit untuk mendapatkan waktu berkualiti untuk perniagaan seperti membuat ayat jualan,follow up pelanggan,buat akaun dan lain-lain.

4.Masa untuk networking dan mencari circle baru sangat terhad.

5. Tidak dapat berkembang jauh dan sukar untuk melatih staf jadi semua benda masih buat sendiri.

********************************************

1. Selepas membuat perniagaan sepenuh masa,saya pun belajar transformasikan perniagaan kepada bisnes.

2. Masa lebih fleksibel,boleh bekerja dari mana sahaja dan bila-bila masa.

3. Setiap hari adalah hari bekerja.Dan setiap hari juga boleh jadi hari bersama keluarga.Semuanya atas diri sendiri. Saya memilih untuk all out dengan bisnes dan masa yang sesuai saya luangkan masa berkualiti dengan keluarga.

4. Masa lebih banyak untuk berjumpa dengan lebih ramai orang.Circle baru bertambah dan mempunyai masa yang lebih untuk ber -networking.

5. Dapat berkembang lebih jauh kerana dapat melatih staf untuk menguruskan syarikat.

Inilah antara sedikit perbezaan tentang berniaga sambil bekerja vs berbisnes sepenuh masa.

Semoga memberi manfaat kepada anda.

Nor Fazilah Abd Mohd
Norfazilah.com

Leave a Comment