Menunjukkan Kayu Orang Bengkok Tak Menjadikan Kayu Kita Lurus

Antara pesan yang saya selalu beri kepada team ialah,jangan sesekali memburukkan produk orang lain.

Saya sendiri entah berapa kali terserempak post status dari so called founder yang suka mengutuk produk saya.

Saya perhati je.

Ada yang kita pernah jumpa,ada yang tak pernah jumpa pun.

Tapi saya tak balas pun.Tak ada faedahnya.Itu tandanya dia memerhati produk kita dalam diam.Sebab apa?Produk yang bagus memang akan cuba disaingi.

Sebenarnya dia nak bersaing dengan kita.

Hakikatnya saya tak ingin nak bersaing dengan sesiapa.Hehe

Saya cuma bersaing dengan diri sendiri.

Saya cuma nak buktikan pada diri sendiri sahaja.

Kalau ada yang nak juga bersaing,terpulang.Tak memberi impak pada saya pun.

Sebab apa pun yang Allah beri,saya sentiasa terima dengan hati yang terbuka.Saya bersyukur seadanya.

Saya cuma nak kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri dan seluruh team.

Saya mahu mereka menikmati kehidupan yang lebih bahagia dan mempunyai makna.

Pesan saya,sentiasalah tonjolkan kelebihan produk kita,bukan mengutuk produk orang lain untuk bagi nampak hebat produk kita.

Menunjukkan kayu orang lain bengkok tak menjadikan kayu kita lurus pun.

Mengutuk produk orang lain,tak menjadikan produk kita lebih bagus pun.Sebaliknya hanya mengundang persepsi negatif dan orang akan pandang rendah kepada orang sebegitu.

Orang sebegitu hanya akan dikelilingi oleh makcik bawang yang suka membawang.

Sebagaimana ponder mereka,begitulah mereka.

Law of attraction -anda akan menarik orang yang seperti anda,apa yang anda sangkakan dan apa yang anda buat.

Ingat tu.

Nor Fazilah Abd Mohd,
Guru Sepanjang Hayat
Norfazilah.com

 

 

Leave a Comment