Motivasikan diri sendiri

Apabila saya ditanya bagaimana saya memotivasikan diri sendiri,saya agak kelu sebenarnya untuk berkata-kata.

Bukan apa,saya sendiri pun hampir lupa tentang motivasi.

Saya juga lupa bila kali terakhir saya menghadiri kelas atau program motivasi.Macam tak ada je. 😅

Tapi saya pernah dengar dan tengok program motivasi di Youtube,radio,tv dan melalui pembacaan.Dan syukur,saya tak terlalu obses mencari motivasi.

Kalau saya obses,penat nanti.Jadi ketagih.

Motivasi ni macam mandi,kita perlukannya setiap hari.

Oleh itu,kita haruslah pandai memotivasikan diri sendiri sama macam kita harus pandai mandi.

Sampai bila nak mengharapkan orang lain untuk memandikan kita?

Seperti yang saya selalu ulang.Apabila kita sudah mempunyai matlamat yang jelas dalam apa yang kita usahakan,sudah pasti kita akan jadi seorang yang bermotivasi.

Apabila kita mempunyai Big Why atau sebab yang kuat dalam melakukan sesuatu,kita akan lebih bermotivasi.

Luahkan 5 Big Why anda yang paling anda nak dalam bentuk visual.

Cari gambarnya.

Cetak dan lekatkan di meja kerja anda.

Tengok hari-hari dan rasai sendiri kesannya.

Anda mampu memotivasikan diri sendiri.

Percayalah.

Salah satu Big Why saya ialah untuk melahirkan seberapa ramai usahawan yang berjaya.

Selagi saya tak berpuas hati selagi itu saya akan meneruskan usaha saya.

Inilah cara saya memotivasikan diri saya.

Setiap kali mengingatinya,saya pasti akan teruja.

Hidup seperti orang yang tak kenal erti penat.

Tipulah tak penat kan.

Layan je.

Tapi tak lama.

Bangkit semula.

Semoga anda belajar sesuatu dari post ini.

Dapat sesuatu ?

Alhamdulillah.

Leave a Comment